Cara Untuk Elak Cashflow Daripada Tercekik
Cashflow tercekik ni biasa berlaku pada usahawan-usahawan khususnya pada yang baru menceburkan diri dalam bisnes.
Ada pelbagai sebab seseorang usahawan boleh mengalami keadaan cashflow tercekik. Antaranya adalah:
1. Membeli stok berlebihan untuk mendapatkan kos seunit yang murah
Ini memang normal, pembekal yang biasanya akan memberikan harga yang lebih baik dengan kuantiti yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun jika kita sebagai bisnes owner gagal menjual stok dalam kadatlr yang sepatutnya, ini akan menyebabkan cash kita stuck dalam bentuk stok berkenaan.

2. Membuat ambilan sebagai gaji yang berlebihan berbanding keuntungan yang dibuat.
Jangan ambil gaji sesuka hati tanpa menilai prestasi perniagaan kita terutama semasa perniagaan di peringkat awal. Adalah bagus jika kita limitkan ambilan gaji seminimum mungkin untuk mendapatkan kedudukan cashflow yang selesa.
3. Membeli/menyewa aset yang mahal untuk perniagaan
Ya, kadang-kadang bisnes kita memerlukan lokasi perniagaan yang strategik yang mana kos sewaan adalah diluar kemampuan bisnes kita. Kadang-kadang kita perlukan kenderaan syarikat seperti lori, kereta dan sebagainya. Jika kita sebagai kontractor… mesti nak kena ada hilux kan ? Namun kegagalan mengukur kemampuan membayar segala kos yang terlibat menjadikan cashflow ke laut
4. Kegagalan memungut hutang
Biasa terjadi, sale banyak, team semua sibuk buat sale, tapi cash takde disebabkan oleh kita gagal mendapatkan bayaran dari jualan yang kita buat. Jualan kredit perlu dilakukan dengan berhati-hati dan perlu kepada prosedur yang tertentu untuk dipatuhi. Antara contoh yang biasa dilakukan adalah mengambil bayaran pendahuluan yang sesuai sebagai syarat sesuatu deal. Biasanya deposit ini diambil pada amaun yang cukup untuk membeli bahan mentah. Biasa kontraktor yang melakukan kerja pemgubahsuaian rumah, kontraktor wiring melakukan tindakan demikian. Ada ramai rakan admin yang melakukn bisnes secara tunai sahaja contohnya bisnes online dan kereta sewa.
Tanda-tanda cashflow anda nak tercekik
1. Duit untuk bayar overhead… ngam ngam aje. Ini tahap yang masih boleh bernafas
2. Duit untuk bayar overhead… sudah tidak mencukupi untuk bayar overhead. Ini sudah parah…. tindakan drastik perlu dilakukan
Pls call me
Beri no hp Tuan… @ boleh call saya di 0139203528