3 Rekod Yang Bisnes Owner Perlu Ada

Setiap jenis bisnes mempunyai rekod yang transaksi bisnes yang pelbagai mengikut nature bisnes masing-masing. Walau bagaimanapun ada TIGA JENIS rekod yang bisnes owner perlu pastikan ianya ada dan dibuat dengan betul. Berikut adalah jenis-jenis rekod tersebut.

1. Rekod Pendapatan

Terdapat pelbagai jenis sumber pendapatan bagi sesuatu bisnes. Yang biasa adalah dari jualan, kutipan sewa, yuran keahlian dan lain-lain lagi bergantung pada jenis bisnes yang dijalankan

2. Perbelanjaan

Perbelanjaan pula ada pelbagai katagori. Dan pada kebiasaannya katagori perbelanjaan ini lebih banyak jika dibandingkan dengan pendapatan bagi sesuatu bisnes. contohnya bayaran gaji, bayaran bil utilities, internet, iklan, sewa dan sebagainya

Rekod pendapatan dan perbelanjaan tadi digunakan untuk mengira jumlah keuntungan (atau kerugian) sesuatu perniagaan. Pengiraan untung rugi  adalah berdasarkan formula berikut:


Untung =
Jualan - kos jualan - perbelanjaan

Contoh kes:

Syarikat Alia Corset Enterprise menjual corset dan pelbagai produk berkaitan pelansingan badan. Pada bulan Oktober 2018 mereka telah menjual 35 unit corset dengan harga RM259 setiap unit. Corset tersebut diperoleh dari pembekal dengan harga RM149 seunit.


Perbelanjaan Syarikat Alia Corset Enterprise pada bulan October 2018 adalah seperti berikut:

           - sewa - RM500

           - gaji pekerja - RM1,200

           - Bil internet - RM120

           - fb ads - Rm2,700

           - google ads - RM780

           - Bil elektrik dan air - RM200

           - Yuran  Sistem Jualan - RM89


Pengiraan:

Jualan = RM259 x 35 = RM9,065

Kos jualan = RM149 x 35 = RM5,215

Perbelanjaan = RM5,589


Untung = 9,065 - 5,215 - 5,589 = -1,739


Dapatan: 

Syarikat Alia Corset Enterprise mengalami kerugian RM1,739 pada bulan October 2018


Dari contoh pengiraan tadi, didapati banyak sale tidak semestinya mendatangkan keuntungan sekiranya kos jualan dan perbelanjaan juga tinggi. 


Walau bagaimanapun dalam situasi sebenar peniaga mempunyai pelbagai produk dan senarai perbelanjaan juga banyak menyebabkan pengiraan untung rugi menjadi komplexs dan sukar.


Untuk menyelesaikan masalah tersebut

 Sistem Akaun Mudah - SAM

telah menyediakan satu template yang sangat mudah digunakan termasuk mereka yang tiada latar belakang perakaunan. Tonton video berikut untuk lihat bagaimana rekod pendapatan dan pendapatan direkodkan serta bagaikan pengiraan untung rugi dilakukan dengan begitu mudah


Ingin mengetahui lebih detail mengenai Sistem Akaun Mudah ?


3. Aliran tunai

Aliran tunai pula ialah pergerakan wang tunai masuk ke syarikat dan keluar dari akaun syarikat. Ianya sangat penting untuk direkod dengan betul bagi melancarkan perjalanan operasi sesebuat syarikat. 


Jangan terlalu ghairah berbelanja dan membawa masuk stok, tanpa mengetahui status wang tunai dalam akaun syarikat


Pernah dengar tak ada peniaga merungut... sale banyak, tapi cash dalam bank mcm sikit aje..... sound familiar kan ?

Sistem Akaun Mudah - Free Trial

Berminat untuk mencuba secara percuma Sistem Akaun Mudah... hanya klik butang di bawah dan isi maklumat yang diminta... 

Copyright 2017, Sistem Akaun Mudah   -   Disclaimer